Skop Perkhidmatan
Latihan Industri- Sebagai sebuah agensi kerajaan yang berperanan dalam menjana teknologi pertanian dan industri asas tani terkini serta mempromosikan dan mengkomersilkan hasilan teknologi tersebut, MARDI kini menjadi tumpuan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dalam dan luar Negara untuk mendapatkan Latihan Industri kepada para pelajar mereka.
Kumpulan Sasaran
-
IPTA/GLC
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan GLC/Pelajar Institusi Pengajian Luar Negara (peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda)
-
IPTS
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda), tertakluk kepada syarat dan peraturan.
-
ANGGOTA BERUNIFORM
Anggota Beruniform (Angkatan Tentera) yang akan bersara (Latihan Peralihan Anggota).
Bidang Ditawarkan
- Accounting & Finance
- Agriculture & Food Economics
- Animal Breeding & Genetics
- Animal Nutrition & Feeding
- Animal Production
- Animal Reproduction
- Art & Design
- Biology
- Biotechnology
- Chemistry
- Crop Production
- Economics, Marketing & Technology Management
- Engineering
- Environmental Science
- Food Science & Technology
- ICT
- Landscape Architecture
- Law
- Microbiology
- Molecular Biology
- Organizational Management
- Plant Breeding & Genetics
- Plant Protection
- Post Harvest Technology
- Seed Technology
- Soil Science
- Statistics
- STI Management
- Veterinary Medicine
Terma dan Syarat Latihan Industri
Kemudahan dan Imbuhan
MARDI tidak akan menanggung sebarang pembiayaan kepada pelajar sepanjang melaksanakan Latihan Industri di MARDI yang merangkumi butiran seperti berikut;
- Elaun latihan industri
- Kos penginapan
- Kos makan/minum
- Kos pengangkutan termasuk tambang tiket penerbangan pergi dan balik
- Kos pengeluaran pasport dan dokumen perjalanan
- Kos insurans
- Kos yuran penyertaan seminar/bengkel
Prosedur Permohonan dan Pertimbangan Penempatan Pelajar
- Permohonan mestilah dibuat tidak kurang satu (1) bulan dari tarikh melaksanakan latihan industri di MARDI.
- Penempatan pelajar hanya dipertimbangkan bagi disiplin/bidang yang berkaitan dengan kepakaran Institut sahaja.
- Keutamaan penempatan akan diberikan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Walau bagaimanapun, permohonan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) boleh dipertimbangkan sekiranya bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh MARDI.
- Sekiranya terdapat permohonan yang melebihi penempatan yang ditetapkan, maka pengendalian atas dasar "yang terdahulu diutamakan" (first come first serve basis) akan digunakan.
- Permohonan yang tidak memenuhi syarat dan kriteria tidak akan dipertimbangkan.
Yuran Latihan Industri
- Pelajar warganegara dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diterima menjalani Latihan Industri di MARDI tidak dikenakan sebarang bayaran yuran.
- Walau bagaimanapun sejumlah bayaran Yuran akan dikenakan ke atas Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara bagi setiap permohonan pelajar mereka seperti ditunjukkan dalam Jadual.
- Surat atau penyata jaminan bayaran yuran Latihan Industri dari IPTS hendaklah dikemukakan bersekali dalam permohonan pelajar sebagai pengesahan dan memudahkan urusan penempatan pelajar terus dibuat mengikut permohonan yang diterima.
Jadual: Kadar Bayaran
Bil. |
Kategori Pelajar |
Kadar Yuran (Bench Fees) |
Catatan |
1. |
Pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) |
RM 1,000.00 / pelajar |
|
2. |
Pelajar bukan warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) |
RM 1,000.00 / pelajar |
|
3. |
Pelajar samada warganegara atau bukan warganegara yang mengikuti pengajian di Universiti Luar Negara |
USD 500 / pelajar |